Gadis Sholehah

Wahai Gadis Sholehah… Dari jauh ku melihat raut wajahmu… tunduk memandang bumi yang luas, gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah kematian. Dunia ini penuh dengan kepura-puraan. Namun kau mampu mengharunginya bersama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu. Meski pun kau dicaci dan dimaki… ditaburi fitnah…namun bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman dan Dien Islam utk  menegakkan jihad diakhir zaman ini. Bagi mu Al-Quran sebagai hiburan, As-sunnah menjadi amalan dan rumah sebagai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan. Gadis Sholehah.. Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan Nur. Hati yang sentiasa mengingati mati. Yang mencintai Allah dan Rasul dan yang taat kepada kedua ibu bapa mu. Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia memandang dengan penuh kehinaan, tetapi ketahuilah… sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggan. kalimah Allah.. Gadis Ku.. Ketika, gerak gerikmu ku perhatikan. Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda, maruahmu yang kau jaga dari sebarang noda dan yang paling melembutkan hati…. tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati. Bila bertemu dengan jejaka yang bukan muhrimmu, kau tunduk memandang bumi… mengingatkan ku tentang firman Allah swt: “Wahai wanita –wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati dan boleh membawa kepada zina besar” .

Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi maha penyayang ,” Juga meningatkan aku kepada Amirul Mukminin di zaman Rasulullah saw. Siti Aisyah isteri tercinta dan
Fatimah puteri tersayang. Gadis sholehah….. Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap…. dibalut dan disimpan ditempat yang selamat. Kau juga diibaratkan gagak putih yang dikelilingi gagak hitam. Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang, kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi, beribadat… bibirmu berzikir mentilawah Al – Quran, tahajjud , witir dan amalan – amalan istiqamahmu. Jauh disudut hatiku aku bangga dengan Imanmu,
Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu, Hijabmu dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah. Gadis sholehah…. Sebelum mengakhiri coretanku ..kutitipkan firman Allah
swt buatmu… “ Sesungguhnya perempuan yang sholehah untuk lelaki yang soleh dan yang jahat pula untuk perempuan yang jahat”. Kekalkan hijabmu hingga keakhir hayatmu … Kau idaman lelaki beriman. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah perhiasan kepada dunia.. Sekadar buat renungan…………… Pesanan: *Peringatan untuk diri ini juga untukmu duhai gadis sholehah…

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s